Anda akan mengambil ujian Inventori Orientasi Seksual Epstein(IOSE), sebuah ujian orientasi seksual yang telah direka oleh Dr. Robert Epstein, salah seorang penyelidik psikologi yang terkenal di Amerika Syarikat. Keberkesanan ujian ini telah disahkan secara empirik dengan sampel yang diperoleh daripada hampir 18,000 orang dari lebih dari 40 negara.
Walaupun kebanyakkan orang percaya bahawa hampir semua orang adalah "tidak gay" (heteroseksual) ataupun "gay" (homeseksual), orientasi seksual sebenarnya wujud dalam satu kontinum. Ujian ini akan menunjukkan di manakah anda dalam Kontinum Orientasi Seksual, dan ujian ini juga akan memberi anda satu anggaran mengenai tahap fleksibiliti anda dalam meluahkan orientasi seksual anda.
Sekiranya anda sedang menjalani penyelidikan dan berhasrat mengumpul maklumat kasar mengenai sesebuah kumpulan tertentu yang mengambil ujian ini - sama ada bagi tujuan penyelidikan korporat, kajian penyelidikan, aktiviti kelas atau sepertinya - sila rujuk kepada Arahan Ujian Berkumpulan
Ujian ini juga boleh diambil dalam bahasa-bahasa berikut Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Hungarian, Belanda, and Jepun.
Sebelum memulakan ujian ini, anda akan dikemukakan beberapa soalan asas mengenai diri anda. Maklumat demografi akan dikumpulkan bagi tujuan penyelidikan sahaja manakala maklumat peribadi anda akan disimpan secara sulit.
Bagi memastikan ketepatan dan keberkesanan ujian ini, sila pastikan bahawa setiap tempat kosong pada borang soal selidik ini diisi dengan lengkap.
*Jawapan diperlukan